mcmc
Persatuan Belia

GERAKAN PERSATUAN BELIA

Gerakan persatuan belia Kampung Keruak adalah merupakan sebuah badan yang telah didaftarkan dengan persatuan belia Malaysia. Organisasi ini yang mengumpulkan golongan belia adalah organisasi yang memainkan peranan dan fungsi kepada kemajuan belia di Kampung Keruak. Pengerusinya Encik Saidi adalah merupakan belia contoh kepada belia-belia di Kampung Keruak.Beliau yang aktif dalam pelbagai bidang sedikit sebanyak membantu warga belia dalam memberikan khidmat dan sumbangan kepada Kampung Keruak.

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh Persatuan Belia Kampung Keruak adalah pertandingan bola sepak, Pertandingan Futsal, bola jaring serta sukaneka. Badan ini juga aktif dalam aktiviti gotong-royong dan kenduri kendara yang dijalankan oleh penduduk kampung.Pusat Internet Kampung Keruak turut membantu organisasi ini dan ahli-ahlinya dalam menambahkan ilmu ict. Pusat Internet Kampung Keruak turut merapatkan jurang digital ahli-ahli organisasi ini agar tidak ketinggalan. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bersama-sama organisasi ni antaranya seperti klik dengan bijak. pertandingan poster digital, menaip pantas dan sebagainya. Pihak Pusat Internet Kampung Keruak turut menjadikan beberapa orang ahli gerakan ini sebagai sukarelawan pusat internet  dalam menyampaikan objektif dan misi Pusat Internet Kampung Keruak.