Pada 31 Ogos 2020, hari isnin, bertempat di Pusat Internet Kampung keruak, Hulu Besut, Besut, Terengganu telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Video Kraftangan Merdeka Tahun 2020. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan kepimpinan kampung yang terdekat iaitu MPKK Kampung Keruak, MPKK Kampung Paksik, MPKK Kampung Felcra Keruak.Selain kehadiran para peserta, program ini juga mendapat kerjasama daripada PIhak Perpustakaan Desa Kampung Keruak dan Persatuan Belia Felcra Keruak,Besut, Terengganu.
Permulaan majlis diadakan dengan ucapan kata-kata aluan staf yang bertugas iaitu Wan Norhasmila Wan Hasan. Kemudian majlis dipengerusikan oleh wakil AJK Belia Felcra Keruak iaitu Hartini Ab Wahab. Selepas itu, acara pembahagian hadiah diadakan.Turut diadakan pada hari itu adalah cabutan bertuah kepada para peserta.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti terus aktif dengan pusat internet, merapatkan hubungan bersama organisasi kampung dan pusat internet, kitar semula barangan terpakai, memupuk kerjasama kekeluargaan dalam menghasilkan kraftangan dan sifat cintai negara sempena bulan kemerdekaan ini.