BERSATU HATI

Maklumat Setempat | 24 March 2020

Perpaduan dan keamanan negara tidak boleh dipandang remeh dan sentiasa perlu dikekalkan. Perpaduan sangat penting kerana negara kita terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, bahasa dan budaya. Adalah sangat penting juga untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk saling hormat dan menghormati diantara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dalam negara kita ditimpa masalah seperti wabak covind-19 ini. Kita hendaklah bersatu hati dan bersama-sama berusaha untuk tidak mengeluarkan sebarang kata-kata samada dari segi penulisan mahupun percakapan yang akan mengundang rasa tidak senang hati diantara satu sama lain. Bersama-samalah kita menjaga sensitiviti kepelbagaian kaum di negara kita. Semoga kita perpaduan ini akan terus kita pertahankan demi Malaysia yang tercinta. Jika anda terbaca hal-hal yang menyentuh sensitiviti seperti kata-kata yang berbaur perkauman dan agama ( 3R – Religion, Race & Royalty ) di mana-mana media sosial sila laporkan kepada kami di laman web mediasosial@mcmc.gov.my ataupun anda boleh menghubungi kami di talian 016-2206262.