Bersempena sambutan bulan Muharram 1441H. Pusat Internet Kampung Keruak dengan Perpustakaan Desa Kampung Keruak telah mengadakan Program Kacau Bubur Assyura pada 28 September 2019 iaitu pada hari sabtu bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Program ini juga mendapat kerjasama daripada kaum wanita di Kampung Keruak yang mana telah turut serta memberi kerjasama menyiapkan bahan- bahan mentah untuk bubur assyura ini.
Disamping itu juga, kaum wanita turut membantu menyiapkan makan tengahari. Program yang berlangsung di Dataran Kampung Keruak ini turut mendapat sokongan daripada Pihak MPKK Kampung Keruak. Bagi pihak Pusat Internet dan Perpustakaan Desa Kampung Keruak, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insyallah jika berkelapangan, tahun depan akan diadakan lagi program sebegini.
Pages: 1 2











