
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 29 Januari 2026 yang bertajuk Cara menangani serangan ancaman siber. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:
| Tarikh | 29 Januari 2026 |
| Masa | Khamis, 3:00 petang – 4:30 petang |
| Platform | Zoom |
| Pautan Penyertaan | cybersecurity.nadi.my |
CARA MENANGANI SERANGAN ANCAMAN SIBER :
Webinar bertajuk “Cara Menangani Serangan Ancaman Siber” membincangkan kepentingan keselamatan siber dalam era digital yang semakin mencabar, khususnya dalam menghadapi peningkatan serangan seperti penggodaman, perisian hasad dan kecurian data. Webinar ini menekankan langkah pencegahan awal, pengurusan risiko, serta tindakan pantas yang perlu diambil apabila serangan siber berlaku, termasuk kesedaran pengguna, penggunaan sistem keselamatan yang berkesan dan pematuhan kepada prosedur keselamatan. Secara keseluruhan, webinar ini memberi pendedahan dan panduan praktikal kepada peserta agar lebih bersedia melindungi maklumat dan sistem daripada ancaman siber.
Syarat Penyertaan:
- Berdaftar sebagai Ahli NADI
- Setiap NADI wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan
Sekian, terima kasih
