mcmc
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JPKK ) KG KERUAK

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( J3K)

organisasi

Sebagaimana kampung – kampung lain, kampung Keruak turut mempunyai jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung yang lebih dikenali dengan nama singkatan J3K Kampung Keruak.Seramai 15 orang ahli yang telah dilantik secara khusus oleh Pengerusi J3K Kampung Keruak.Pengerusinya iaitu Encik Jafrudin bin Mat Zaib merupakan seorang pengerusi yang aktif serta bertanggung jawab dalam melaksanakan fungsi dan peranan J3K kepada penduduk kampung Keruak.

J3K Keruak sangat penting kerana organisasi ini yang mentadbir Kampung Keruak menjadi sebuah kampung yang maju dan selamat. J3K Kampung Keruak akan mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahlinya pada setiap bulan bagi memastikan pentadbiran mereka berjalan lancar. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh J3K Keruak antaranya seperti sambutan merdeka. aktiviti gotong-royong, sambutan maulidur rasul, program NBOS bersama badan kerajaan dan swasta.

Sejak kewujudan Pi1M di Kampung Keruak, kerja-kerja pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih mudah dan bersistematik. Ahli – ahli j3k kebanyakannya telah celik it dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan teknologi ini. Pi1M Kampung Keruak turut berkolaborasi bersama j3k dalam melaksanakan program-program kemanusiaan serta program ilmu untuk semua penduduk kampung Keruak. Hubungan dua badan ini sangat baik ddan sedikit sebanyak telah membantu j3k Keruak melaksanakan aktiviti pentadbiran mereka.

 

CARTA ORGANISASI J3K KAMPUNG KERUAK :-