mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 – 2021

 

 KEUSAHAWANAN

2.ROSMAZNI BINTI MOHD NOOR

*Menjalankan perniagaan menjual produk mengait ( crochet ) dan menjual baju sabella.

 NAMA  : ROSMAZNI BINTI MOHD NOOR
UMUR   : 39 TAHUN
AHLI      : 2016
NO TEL : 019-9944302

 

LATAR BELAKANG :

Puan Mazni bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Desa Kampung Keruak. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang mengait ( crochet) sejak dari bangku sekolah lagi.

Semsa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setahun yang lalu, beliau mula mengambil tempahan mengait dari saudara – mara dan rakan -rakan terdekat untuk mengisi masa lapang.Antara tempahan mengait yang dibuat oleh Puan Mazni ialah sarung botol air, beg kain telekung dan “mask adapter” ( penyambung mask)

Selain mengambil tempahan mengait beliau juga menjadi dropship menjual baju jenama Sabella.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 50.00 sehingga RM 100 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan beliau hanya di kawasan kampung sekitar.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Keruak kini Puan Mazni berniaga secara dalam talian dan kini dapat mempromosi produk beliau diluar kawasan sekitar. Pendapatan beliau kini mencecah RM 100 sehinggan RM 500 sebulan.