1.CELIK IT / KOMUNITI PINTAR
| NAMA : NUR IRDINA ANEESA BINTI MAT LUDIN UMUR : 14 TAHUNAHLI : 2018 |
LATAR BELAKANG ;-
Irdina merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong.Beliau sekarang sedang menduduki tingkatan 1 di sekolah tersebut. Setiap hari selepas waktu persekolahan, beliau akan datang ke PEDI Kampung keruak untuk mempelajari Microsoft Word.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Sebelum mengenali dan melibatkan diri dengan PEDI Kampung keruak, Irdina banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku di Perpustakaan Desa Kampung Keruak dan bermain dengan rakan – rakan sekolahnya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Selepas irdina menjadi ahli PEDI Kampung Keruak, beliau semakin fasih mengendalikan komputer terutamanya berkaitan dengan Microsoft Word dan cara melayari Internet.
Pada setiap minggu pada cuti sekolah beliau banyak menghabiskan masa di Pusat Internet untuk belajar dan melibatkan diri dalam setiap pertandingan yang dianjurkan oleh staf PEDI Kampung Keruak.
2. KEUSAHAWANAN
– Menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik, pakaian, hiasan rumah dan sebagainya di dalam talian.
| NAMA : SURIANI REMELIUMUR : 18 TAHUNAHLI : 2016NO TEL : 013-7893793 |
LATAR BELAKANG :-
Adik Suriani telah menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik, pakaian, hiasan rumah dan sebagainya di dalam talian. Beliau mula berniaga semenjak kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.
Dengan bermodalkan RM 400 beliau telah berjaya mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda sepanjang musim pkp.Beliau aktif mempromosikan perniagaan beliau melalui status whatsaap kepada rakan sekolahnya, penduduk kampung keruak dan sekitar daerah Besut.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Pendapatan bulanan adik Surirani hanya sekitar RM 50 sehingga RM 100 sahaja sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staf Pusat Internet Kampung Keruak, adik Suriani kini telah memiliki akaun facebook dan instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk perniagaan beliau.
Pelanggan beliau kini bukan sahaja penduduk Kampung Keruak malah dikenali melalui akaun facebook dan instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 100 sehinggan RM500 sebulan.


