mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 2019

KEUSAHAWANAN

1.  SITI NUR SHERA BINTI ISMAIL

 

Usahawan ayam cheesy, ayam cheesy leleh dan chicken twister secara atas talian

NAMA          :  SITI NUR SHERA BINTI ISMAIL
UMUR          :  30 TAHUN
AHLI             :  2018
NO TEL        : 011-19941235

 

LATAR BELAKANG :-

Puan Shera telah menjalankan perniagaan menjual ayam cheesy, ayam cheese leleh dan chicken twister secara online atau atas talian.Beliau mula menjalankan perniagaan pada awal tahun 2018. Pada awal perniagaannya, beliau hanya mempromosikan jualan beliau kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.Beliau menjalankan sistem COD iaitu setiap tempahan daripada pelanggan, beliau akan menghantarnya ke rumah mengikut jarak dan tempat yang ditetapkan oleh beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 50 sehingga RM 100 sahaja sebulan

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh staf Pusat Internet Kampung Keruak, beliau kini memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 100 sehingga RM 500.00.

 

 

 KEUSAHAWANAN 

 

MENJALANKAN PERNIAGAAN MENJUAL MEJA BELAJAR KANAK – KANAK SECARA ONLINE

NAMA                               : NUR SYAZWANI BINTI MUHAMMAD
UMUR                              : 30 TAHUN
AHLI                                : 2018
NO TEL                            : 013-4762983

 

LATAR BELAKANG :-

Puan Syazwani telah menjalankan perniagaan menjual meja belajar kanak-kanak secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Keruak. Beliau mula menjalankan perniagaan pada awal tahun 2018.Pada awal perniagaannya, beliau hanya mempromosikan jualan beliau kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 sehingga RM 100 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staf Pusat Internet Kampung Keruak, beliau kini memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau.Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Kini pendapatan bulanan beliau mencecah RM100 sehingga RM 500 sebulan.