QUARTER 1
KEUSAHAWANAN : PERNIAGANAAN SECARA KECIL – KECILAN
|
NAMA : SITI MARIAM BINTI WAN AZMI UMUR : 22 TAHUN NO TEL : 013-9713421 |
Latar Belakang :
Siti Mariam Binti Wan Azmi merupakan seorang penjual dan lebih dikenali dengan panggilan siti.Beliau berumur 22 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata.Beliau amat meminati bidang perniagaan menjual makanan.Pekerjaaan sebagai penjual merupakan pekerjaan sampingan beliau.
Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M
Pendapatan beliau dalam bidang perniagaan menjual makanan ringan sebelum menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia adalah dalam sekitar RM 10 sehingga RM 50 sahaja.Malah bilangan orang yang mengetahui jualan beliau juga kurang memberangsangkan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M
Melalui Kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kampung Keruak, Beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau kepada masyarakat luar kampung di seluruh daerah Besut terutamanya. Perniagaan beliau semakin hari semakin dikenali dan pelanggan beliau juga semakin bertambah. Pendapatan bulanan beliau kini hampir mencecah RM 100 – RM500.
CELIK IT : PEMBELAJARAN ASAS KOMPUTER
|
NAMA : NUR SYAZWANI BINTI MAT ARIFIN UMUR : 14 TAHUN ALAMAT : KAMPUNG BELAOH |
Latar Belakang :
Nur Syazwani merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong. Beliau sekarang sedang menduduki tingkatan 2 di sekolah tersebut. Setiap hari beliau akan datang ke Pi1m Kg Keruak untuk mempelajari Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan Pi1m
Sebelum mengenali dan melibatkan diri dengan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Keruak, Nur Syazwani banyak menghabiskan masa dengan melepak dan lain-lain dengan rakan – rakan sekolahnya.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan Pi1M
Selepas Nur Syazwani menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Kampung Keruak, beliau semakin fasih mengendalikan komputer terutamanya yang berkaitan dengan microsoft word dan cara melayari internet.Pada setiap minggu, pada hari cuti sekolah beliau banyak menghabiskan masa di Pusat Internet untuk belajar Dan melibatkan diri dalam setiap pertandingan yang dianjurkan oleh staf pi1m Kampung Keruak.
CELIK IT : PEMBELAJARAN ASAS KOMPUTER
|
NAMA : NUR INTAN ADZWANIDA BINTI MUHAMMAD AZUWAN ZUHAIZAN UMUR : 11 TAHUN ALAMAT : KAMPUNG BELAOH |
Latar Belakang :
Nur Intan Adzwanida merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Keruak. Beliau sekarang sedang menduduki darjah 5 di sekolah tersebut.Hampir setiap minggu beliau akan datang ke Pusat Internet Kampung Keruak untuk belajar.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pi1m
Sebelum mengenali dan melibatkan diri dengan Pi1M Kampung Keruak, Nur Intan Adzawanida banyak menghabiskan masa dengan bermain dengan rakan – rakan sekolahnya.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan Pi1m
Selepas Nur Intan Azwanida menjadi ahli Pi1M Kampung Keruak beliau semakin fasih mengendalikan komputer terutamanya yang berkaitan dengan Microsoft Word dan cara-cara melayari internet.



