mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 – 2020

1. KEUSAHAWANAN

-Menjalankan perniagaan menjahit pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju melayu dan sebagainya.

NAMA   : NORAZILA BINTI SAPIEE@SHAFIE
UMUR   : 34 TAHUN
AHLI      : TAHUN 2016
NO TEL : 019-9377072

 

LATAR BELAKANG  :-

Puan Norazila telah menjalankan perniagaan menerima tempahan menjahit  pakaian secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Pak Sik. Beliau mula menerima tempahan menjahit pakaian penduduk kampung di situ bermula pada tahun 2020. Pada awal perniagaannya, beliau hanya menerima tempahan daripada penduduk Kampung Pak Sik sahaja tetapi lama kelamaan perniagaan beliau mula dikenali oleh penduduk kampung yang berdekatan 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pendapatan bulanan Puan Norazila hanya sekitar RM 100 – RM500 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staf Pusat Internet Kampung Keruak, Puan Norazila kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk perniagaan beliau.Pelanggan beliau kini bukan sahaja penduduk Kampung Pak Sik dan sekitarnya sahaja malah mula dikenali di seluruh Negeri melalui akaun facebook tersebut.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500 sehingga RM 1000.00 sebulan.

 

 

 

2.KEUSAHAWANAN

-Menjalankan perniagaan menjual barangan telekomunikasi seperti telefon bimbit, kad prepaid, powerbank, pendrive dan sebagainya.

LATAR BELAKANG

Mohd Shaimri Anas atau lebih dikenali dengan panggilan Anas telah menjalankan perniagaan menjual barangan telekomunikasi seperti telefon bimbit, kad prepaid, bermula pada tahun 2017.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 50 sehingga RM 100 sahaja sebulan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh staf di Pusat Internet Kampung Keruak, Anas kini telah memiliki akaun facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk perniagaan beliau.Pelanggan beliau kini bukan sahaja penduduk Kampung Keruak dan sekitarnya sahaja malah mula dikenali di seluruh negeri melalui akaun facebook tersebut.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500 sehingga RM 1000 sebulan.