Lata Kolam Ecopark merangkumi Taman Rekreasi Herba dan Tapak Perkhemahan Lata Kolam yang dimajukan di Kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut. Ianya merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Syarikat Big scope Event And Travel Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan masyarakat setempat untuk memajukan sektor pelancongan berasaskan pertanian dan berteraskan aspirasi “Transformasi Terengganu Baharu”.
Keseluruhan kawasan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat dedngan menggabungkan bidang pelancongan bersama pertanian.Ini merangkumi
- 1. Mewujudkan resort/chalet dan tapak perkhemahan dengan prasarana yang sesuai bagi penginapan pelancong.
- 2. Mewujudkan kawasan “Kebun Herba” untuk sumber penyelidikan dan ekonomi berasaskan pertanian di samping menjadi tarikan pelancong.
- 3. Mewujudkan kawasan bebas pencemaran alam semulajadi bagi pengunjung dan pelancong yang datang ke Taman Rekreasi Herba dan Tapak Perkhemahan Lata Kolam.
- 4. Mempromosi lokasi menarik di Hulu Besut untuk aktiviti riadah dan rekreaksi dengan menyediakan litar ATV, gelanggang permainan, trek “mountain bike”. “jungle treking”, “survival camp” dan sebagainya.
Pembangunan ini dijangka akan menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar dengan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengusaha program, malahan akan menambahkan lagi pendapatan penduduk setempat.
Aktiviti – aktiviti pertanian dan pelancongan yang bakal dilaksanakan di Lata Kolam Ecopark ini akan diperkenalkan sebagai salah satu produk pelancongan di kawasan Hulu Besut selain dari kawasan pelancongan sedia ada iaitu La Hot Spring.Secara tidak langsung, Lata Kolam Ecopark akan menjadi faktor nilai tambah bagi memajukan lagi kawasan Hulu Besut.
