3.CELIK IT / KOMUNITI PINTAR
| NAMA : NUR FARAH AINA BINTI MOHAMAD SAISUMUR : 12 TAHUNNO TEL : 019-6122193AHLI : 2014 |
LATAR BELAKANG
Nur Farah Aina merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Keruak, belaiu sekarang menduduki darjah enam di sekolah tersebut. Setelah tamat peperiksaan UPSR, hampir setiap hari beliau akan datang ke Pusat Internet Kampung Keruak untuk mempelajari komputer.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum mengenali dan melibatkan diri dengan Pusat Internet Kampung Keruak, Nur Farah Aina banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku di Perpustakaan Desa Kampung Keruak dan bermain dengan rakan – rakan sekolahnya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas Nur Farah Aina menjadi ahli Pusat Internet Kampung Keruak, beliau semakin fasih mengendalikan komputer teruatamanya yang berkaitan dengan microsoft word dan cara melayari internet. Pada setiap minggu pada cuti sekolah, beliau banyak menghabiskan masa di Pusat Internet untuk mempelajari microsoft word dan banyak melibatkan diri dalam setiap pertandingan yang dianjurkan oleh staf Pusat Internet Kampung Keruak
Pages: 1 2


