Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah di buka untuk dikemaskini dan untuk permohonan baru pada 15.01.2021-15.02.2021. Anda yang sebelum ini pernah menerima BPR perlu juga mengemaskini data anda. Pastikan anda tahu kata laluan anda sekiranya ingin mengemaskini di
https://bpr.hasil.gov.my/
Bagi yang mahu membuat permohonan baru, sila pastikan anda membawa dokumen seperti :
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan
oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang
dikeluarkan oleh Mahkamah.
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan /
Sijil lahir / KP lama
ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Pages: 1 2
