PERRMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Maklumat Komuniti | 24 January 2021

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 telah di buka untuk dikemaskini dan untuk permohonan baru pada 15.01.2021-15.02.2021. Anda yang sebelum ini pernah menerima BPR perlu juga mengemaskini data anda. Pastikan anda tahu kata laluan anda sekiranya ingin mengemaskini di ??https://bpr.hasil.gov.my/
Bagi yang mahu membuat permohonan baru, sila pastikan anda membawa dokumen seperti :
▶️ PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan
oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang
dikeluarkan oleh Mahkamah.
▶️ PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan /
Sijil lahir / KP lama
ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan
Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
✅ Maklumat lanjut boleh rujuk di lampiran di bawah atau boleh buat temujanji jika mahu datang ke Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat untuk sebarang urusan kemaskini dan pertanyaan. Terima kasih.
?? Atas Talian : https://bpr.hasil.gov.my