mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM PINTAR AADK BESUT DI PEKAN KERUAK

photo 2020 09 14 12 48 18

 

 

Pada 22 Ogos 2020- Program Intelek Asuhan Rohani ( PINTAR) siri 1/2020 AADK Besut telah diadakan di Dewan Futsal Pekan Keruak, Hulu Besut,hari ini.

 

Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah di kawasan sekitar Keruak telah menyertai program ini.

Program yang bermula jam 8 pagi ini telah dikendalikan oleh Encik Khairil Izhar Bin Mat Taha selaku Penolong Pegawai AADK Besut dan dibantu oleh rakan-rakan fasilitator yang lain.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai bahaya dadah.

Selain itu, program ini mampu membina kemahiran- kemahiran (Life Skill) agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

Peserta program ini juga dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam menempuh hari – hari mendatang.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Daik Bin Mohamad ( Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut) sekitar jam 1.00 tengahari.