PROGRAM PROMOSI JAHITAN KEMAS

Persatuan Wanita | 18 July 2026

TARIKH : 9 JULAI 2026

MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : NADI KAMPUNG KERUAK

Tujuan Kelas Jahitan KEMAS

  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas kemahiran menjahit secara teori dan praktikal.
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan mesin jahit serta teknik jahitan yang betul.
  3. Melahirkan peserta yang berkemahiran menghasilkan pakaian dan produk jahitan yang berkualiti.
  4. Menggalakkan peserta menjadikan kemahiran jahitan sebagai sumber pendapatan melalui keusahawanan.
  5. Memupuk sikap kreatif, berdikari dan berdaya saing dalam kalangan peserta.
  6. Menyokong usaha pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan kemahiran yang bermanfaat kepada komuniti.

Objektif ringkas:

  • Mempelajari asas jahitan dengan betul.
  • Menguasai penggunaan mesin jahit dan peralatan jahitan.
  • Menghasilkan produk jahitan yang kemas dan berkualiti.
  • Menambah peluang menjana pendapatan melalui kemahiran jahitan.