Kampung Keruak merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, negeri Terengganu. Seperti mana kampung-kampung lain, kampung keruak turut mempunyai sejarah atau asal usul nama kampung tersebut diperolehi.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis yang kukuh serta tepat mengenai sejarah kampung keruak, maka terdapat berbagai cerita yang menerangkan asal-susul atau sejarah nama kampung keruak diperolehi. Kesemua cerita yang diperolehi tidak mempunyai sebarang bukti bertulis. Tetapi rata-rata orang tua apabila ditanyakan mengenai sejarah kampung keruak, mereka lebih banyak bercerita tentang seekor burung ‘kua’’.
Menurut orang –orang tua dikampung Keruak, nama kampung tersebut diperolehi bersempena nama seekor burung ‘Kua’ yang telah melintasi kampung ini. Pada ketika itu kampung tersebut belum lagi mempunyai sebarang nama. Ketika burung Kua tersebut melintasi kawasan kampung ini, burung tersebut telah berbunyi “kuak-kuak” dengan kuat dan nyaring. Oleh kerana itulah kampung tersebut dikenali dengan nama Kampung Keruak.