mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Keruak

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kampung Keruak merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam merapatkan jurang digital masyarakat agar seiring dengan maklumat dunia terkini. Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kampung Keruak merupakan projek fasa lima di bawah bajet 2014 di mana SKMM,TM dan MSD menyediakan pelbagai perkhidmatan internet dan komputer untuk kegunaan masyarakat setempat. Pusat Internet ini mula beroperasi pada 1 Oktober 2014 di mana ia diperkenalkan kepada masyarakat Kampung Keruak dan penduduk di kawasan sekitar secara rasminya.

Kronologinya pada tahun 2008 pusat internet tidak lagi wujud kerana pada masa itu Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) yang bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Keruak diwujudkan untuk memberi kemudahan internet dan komputer kepada masyarakat sekitar. Apabila perkembangan dan permintaan terhadap internet dan komputer bertambah, maka pada tahun 2014 PJL di naik taraf sebagai Pusat Internet 1Malaysia. hal ini menunjukkan masyarakat Kampung Keruak begitu memerlukan perkhidmatan internet dan komputer dalam memudahkan dan melancarkan lagi aktiviti seharian mereka. Bangunan yang menempatkan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Keruak kini adalah merupakan sebuah tadika KEMAS yang sudah tidak digunakan lagi oleh penduduk Kampung Keruak. Usahasama pihak SKMM,TM,MSD dengan J3K serta masyarakat Kampung Keruak banyak membantu dalam penubuhan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Keruak ini. Sambutan yang positif serta kerjasama yang padu di kalangan masyarakat Kampung Keruak telah berjaya mewujudkan Pusat Internet 1Malaysia di sini untuk kemudahan mereka dalam menyelesaikan kerja seharian dan secara tidak langsung memberi impak positif kepada masa depan generasi muda kampung Keruak.