mcmc
Persatuan Wanita

PERSATUAN WANITA DI KAMPUNG KERUAK

Kumpulan Persatuan Wanita Kampung Keruak adalah merupakan sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di Kampung Keruak khusus untuk golongan wanita kampung Keruak. Walaupun ia bukan lah badan berdaftar, tetapi fungsi dan peranan yang dimainkan oleh kumpulan ini sangat penting dan menjadi salah satu daripada tonggak utama dalam kampung tersebut. Pengerusinya Puan Che Som sentiasa aktif bagi memastikan ahli-ahli dan kumpulan in berganding bahu dalam mi elaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan serta aktif pada setiap masa.

Antara aktiviti – aktiviti utama Kumpulan Persatuan Wanita Keruak ini adalah mengadakan bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat di masjid-masjid dan surau-surau berdekatan. Kumpulan ini juga turut aktif dalam kegiatan kenduri – kendara yang dijalankan oleh penduduk Kampung Keruak. Mereka juga sentiasa mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid-masjid serta surau-surau yang berdekatan.

Kumpulan ini juga mendapat bantuan dari segi peralatan untuk kelas memasak, jahitan dan sebagainya daripada pihak KEMAS dan J3K Kampung Keruak.Kemudahan -kemudahan tersebut dapat membantu ahli-ahli mereka mencari sumber pendapatan serta meningkatkan taraf hidup.Selain daripada badan berwajib tersebut, pihak  Pusat Internet  juga turut memainkan peranan dalam membantu kumpulan ini menjadi lebih aktif. Kewujudan Pi1M Kampung Keruak, golongan wanita ini dapat menimba ilmu serta membantu mereka dalam menjana pendapatan yang lebih baik sertta dapat mengisi masa terluang dengan lebih berkesan melalui program-program yang diadakan oleh pihak Pusat internet pada setiap masa.